I just found something NEW :)

Monday, 23 December 2013

Bismillah ~
haha. That title :) mcm menarik. Nak tau apa yang something NEW tuu. Haha. Something new about me. Tak sangka baru tau.

This statement came from Dr. Rizal Kamal Ariffin (pensyarah DIFFERENTIAL EQUATION) . He said, " setiap orang mempunyai satu time yang bijak , bagi saya pukul 6 petang tu masa saya menjadi sangat bijak dan susah la sebab tu masa riadah saya"

Ehem . Setelah dikaji dari sekolah lagi, my 'clever time' is around 3 or 4 AM atau PAGI . Huh? Shocked !! Memang kalau nak ikut apa cakap dr . Rizal tuu, tak tido la aku kalau gitu caranyaaa.

Time study week boleh la terima lagi , sebab memang selalu stay up pon, tapi kalau bukan time study week takkan la nak kena stay up kot? Adoii,, parahhh ~

Okeyyy, so my decision is, tido awal then bangun kul 3 atau 4 pagi. So that, boleh la solat sunat ke apa ke. At least tu waktu afdal kan~ okey, i got the answer. Alhamdulillah ~ petunjuk dari Allah tu sebenarnyaaaa . Saya suka saya suka :)

Hujan. Sedap tido. Nite :)

Assalamualaikum.
Keep smiling :) publish !

Sorry :(

Sunday, 22 December 2013

Bismillah ~
Sorry :( my bad . My fault. Aku buat mcm tu bukan aku benci. Tapi aku tak suka kau pay attention kat aku lebih and you make me feel so guilty . So I have to go far far far away from you. So that, you can forgot all the things about me and about us . Sorry aku tak balas msg kau. Bukan aku sombong , bukan aku jual mahal wut so ever. You can talk anything about me . Kau nak cakap aku jahat ? Aku tak kisah . Tapi aku kisah kalau kau tak ada rasa bersalah kat tunang kau sebab kau layan aku macam dulu. So please, behave . Aku rasa aku dah buat apa yang aku patot buat . And aku rasa itu jalan terbaik. Aku bukan sengaja nak buat kau rasa marah dan benci kat aku. Tapi , I don't have any choice except buat kau benci kat aku . Kalau tak kau takkan stop and terus ganggu aku and kau macam dah lain macam je ngan tunang kau. Aku tak nak if one day she found out . And aku yang dipersalahkan again. And then she marah marah aku lagi , macam dulu padahal aku tak pernah pon nak ganggu hidup kau. And somehow I feel aku yang ambik kau dari orang lain. Tapi hakikatnya ,, korang berdua yang ............. Aku malas nak mention. Tapi, apa apa pun aku harap korang berdua kekal hingga ke akhir hayat. Dan semoga menjadi suami isteri yang dibawah lindungan Ilahi . Itu je aku mampu buat . Sorry , aku tak dapat datang hari bahagia korang nanti. I'll just send my du'a. I hope you alls can understand me . Nanti banyak conflict lagi susah . Aku tak pernah lupa kau . And aku dah lupakan pon apa kau buat kat aku. Dulu aku memang pendendam. Tapi now tak lagi,, aku dah maafkan kau pon . Tu kau tak perlu risau . Walaupun take time. But now , aku dah sedar dan aku patot maafkan kau. Sebab aku rasa itu tanggungjawab aku . And aku ingat itu semua ketentuan Ilahi yang memang aku tak boleh nak buat melainkan aku terima ketentuan tu. And alhamdulillah ~ after that ,, aku dah sikit sikit berubah dan lebih dekatkan diri kepadaNya. Alhamdulillah ~ and one more thing aku tak penah lupa nak doakan kebahagiaan kau dalam doa aku. Eventhough aku sedih macam mana sekalipun , aku tau benda tu takkan boleh mengubah apa apa. So , start from that day yang kau hantar mesej tuu, aku dah tekad takkan contact kau and aku rasa kau tak perlu la nak ganggu aku lagi. Just kau focus to your responsibility . Menjadi tunang dan bakal suami orang . Kau kena pegang status kau tu. If ada probs kau jangan cari aku, kau mohon petunjuk dari Allah , aku tak mampu nak tolong apa apa . He knows everything about you and your problem . Return to Him. Please, jangan fikir sal aku . I'm okey . :) selamat pengantin baru Khairy Affiq dan Ema (tak ingat nama betul) hehe ~ walaupun lambat lagi . Coz aku takkan cakap pasal kau dah lepas nie . Closed the book .
Assalamualaikum ~
Keeo smiling :) publish ....

Crush ?

Bismillah :)
Do you ever think
When you're all alone
All that we could be?
Where this thing could go?
Am I crazy or falling in love?
Is it real or just another crush?
Do you catch a breath
When I look at you?
Are you holding back?
Like the way I do?
'Cause i'm trying , trying to walk away
But I know this crush ain't going
Away
Going away

CRUSH BY DAVID ARCHULETA

before maghrib baca jap buku JOM! tetibe terbaca satu artikel yang menceritakan about the crush !

And terjumpa nie:
"aku mencintai seorang pemuda"
Fatimah R.A ternyata telah memendam cintanya kepada Ali R.A sejak sekian lama. Dalam satu riwayat dikisahkan bahawa kepada Ali R.A: "Maafkan aku kerana sebelum menikah denganmu, aku pernah satu kali merasa jatuh cinta pada seorang pemuda dan aku ingin menikah dengannya." Ali R.A pun bertanya mengapa dia tetap mahu bernikah dengannya, dan apakah Fatimah R.A menyesal menikahinya? Sambil tersenyum Fatimah R.A menjawab : "Pemuda itu adalah dirimu".

How sweet it is? Amazing. Cinta Fatimah R.A tak bertepuk sebelah tangan . Saling memendam rasa dan kemudian terikat dengan satu tali pernikahan yang membawa kesyurga. No couple . But it is so romantic. Cinta berbalas syurga !

But, me? Tak sehebat Fatimah R.A . Ali R.A terpikat kerana kekaguman dek kesantunannya, kecekalannya dan akhlaknya yang mempersonakan .

But, I try to be a good person . Haha ~ semoga my love pon berbalas syurga. Eventhough tak tawu pon sape that guy . Haha. Aminnn :)

Okey, time to pray. Salam maghrib :) assalamualaikum.

Keep smiling . Publish :)

The Amazing Journey : sukarelawan banjir :)

Saturday, 21 December 2013

Bismillah ...
Wow wow! Dah lama gila tak update blog . Fuhhh ! Berhabuk bersawang semua cukup . Heee ~ lately nie sangat sangat bz dan memang tak sempat. Maklumla nak dekat final kannn~
okey okey back to my topic , sukarelawan banjir.
Firstly, we ( me, fazlin, farah and the rest) supposed to be at PADANG KAWAD for the registration . Tapi , tibe tibe lak , ada orang cakap gather kat DKAP,,, then turun bas kat DKAP but nobody there .. ==' what is this?? Huh? Ok fine ~ then kami pergi semula ke padang kawad . Tak de jugak orang kat situ, patah balik ke DKAP ,, tunggu punya tunggu ,, finally ada jugak bas . 2hours later baru ada bas datang dengan banyaknyaaaaa.. Students pon ramai yang nak pegi. Alhamdulillah ~ tapi diorang dihantar under koko yang diorang ambik such as kompang , asas renang , navy , batik canting, mpp and we as sukarelawan . actually we supposed dihantar ke sg . Isap , pahang. .tapi tetibe ditukar ke pekan pahang ~ dalam hati ,O my God ,, lamanya dalam bas ! Ikut je la ... Lima biji bas jugak la yang dihantar ke sana. Another 3 bus ke kemaman terengganu ,, . Nak naik bas pon ada problem lah pulak ,, take time jugak . Then ,, after dah settle semua, bas gerak around 12 a.m . Okeyy . Selesa ~~
....................................................................

Bas stop . Aik ? Dah sampai ? Tengok jam , 3 a.m ? Ah? Awal gila , nak tido mane nie? Asyik pikir tido je laaa. Padahal dah tido dalam bas tak ingat apa dahhh ~ hehehe ~ tengok ada orang turun . Tengok lagi . Ohh! RnR rupanyaaa... Haha. Pandang luar tingkap? Wowww!!! Dahsyat gilaaa. Signboard dah terbenam dalam lumpur . Astaghfirullahalazim,,, teruk jugak nie . Tetibe rasa macammmm... Sedih la pulakkk. Mudah mudahan mereka dilindungi ( mangsa banjir) . Pukul 4 bas gerak semula. Bas gerak je mula la mata nie ngantuk kann~
......................…………………………….…

Ehh? Dah kat mane nie? Pandang pandang . Ok kena turun . Mamai mamai ~ jalan jalan jalan . Dah subuh . Eik!? Kat mana nie . Tengok kat situ ada tules STUDENTS AFFAIRS AND bla bla . Tak ingat . Jalan lagi ikot orang depan je . Ohhh! Masjid . Tapi macam bukan masjid je. . Suddenly, ternampak UMP . ohhh! Kat ump upanyaaa. Bersih diri solat semua. After solat turun lat bawah . Then call kawan , bagi tau dia ada kat UMP sekarang .
Me : tihah , mai la jumpa aku , aku kat UMP nie ..
Tihah : hang kat na?
Me : ntah. Masjid kot . Tadi aku solat subuh kat situu.
Tihah : hang keluar dari masjid tuu. Aku tunggu depan kolej aku.
Me : okey.
Tihah : hang kat na ? Tak nampak pun.
Me : aku dah kuar masjid la nie . Depan nie ada tempat lapang.
Tihah : hah? Kat mana tuu?
Me : ntah , tak taw nak habaq. Tapi dekat la dengan kafe .
Tihah : awat aku tak nampak pon bas ?
Me : hang mai la depan sini .
Tihah : sat sat.
Cari cari .
Tihah : wei shiema hang kat ump pekan ka??
Me : ha laa. Awat ada ump lain ka?
Tihah : aku kat ump gambang la syg oooii.
Me : hahahaha. Mana aku nak taw ada dua UMP . Sorry tihah. Setaon cari aku pon tak jumpa. Heheeh~ my fault.
Tihah : hang nak kena belasah ngan aku ha?? Penat aku turun bawah nak jumpa hang .
Me : hehehee ~ sorry kawan.
Moral : pastikan dulu tempat kita :) hehe.

Okeyy, melalut pulakk. Tunggu la lat sini. Bergambar bagai . Lamanyaaa. Makanan pon tak de . Adoii lapar gile. Lapar lapar . Huhuuu. Makan biskut tiger. Lepas habis je biskut tuuu, tetibe nampak orang keluarkan biskut 3,4 tin dari bas . ==' huhhh! Apa nie ? Tapi tak pa . Rezeki . Thennn, belum habis makan biskut yang agak banyak ambik nampak satu kereta parking betol2 depan kitorang . Keluar makcik yang drive tuu. Pakai apron. Okey dah tawu apa dalam keta tuu. Bukak bonet ,, jeng jengg . Shining shining. Yeayhhh!! Makanan makanan . Mee goreng ~~ dah macam kitorang pulak yang perlukan bantuan nie dah kno pulak. Okeyy ,, pedulikan , makan dan makan . Hahah... Seronokkk !
Lepas dah makan baru gerak lagi ke tempat tuuu . Teruskan perjalanan . Ingat macam dekat je la dengan UMP PEKAN tuu. Tapi makk aii , sempat la tidur se'round' lagi. Hahaa~
And finally , sampai ...........
tetttt! Turun bas , dapat glove . Pakai topi k16. ceyhhh! Bajet betol. Kedalaman banjir tu lebih kurang 2 METRES . Ya Allah , dalam nyaaaaa. Takot pulak dengar .
Okey, kena bersihkan sekolah rendah yang sangat sangat kotor dan berlumpur. Divide by 3 groups . Me? Kena cuci kerusi yang sangat banyakkkkkkkk dan sangat berlumpurrrrrrrrrrrrr.... Lin , farah , fana , kak su (felo) and kak alia . Kami berenam cuci kerusi dekat belakang . Cuci cuci . Gosok gosok sampai bersih ~ lama jugakkk. Tapi seronok , main air dan tak bosan . Borak borak . Best tengok encik bomba tu sembur air ! Lajunyaaa air dia. Boleh terbang orang kalau kena air tuuu. Ramai jugak yang bersihkan kerusi plastik. Sebab sangat sangat banyakkk. Ada yang bersih kantin. Ada yang bersih bilik darjah tingkat bawah . Ada yang bersihkan playground yang dah tak de rupa playground pon . Haaha. Pokok pisang tinggal batang je la ~ ada yang bersihkan stor. Tengah tengah bersih , ada orang datang tegur, student UPM ke ? Aah . Ohh, kami UMP . ohhh, diorang pon ada datang tolong . Alhamdulillah ~ ringan beban . And finally ..... Siapppppp ~ yeyearssss .. Setelah 2 jam bersihkan . Akhirnya siap jugak.
fuhhhh! Lega . Okey . Lapar lapar . Again ~ haha. Tapi tak nampak pulak makanan kat situuu~ mana nie mana nie ? Hmmm. Mcm tak de je .
Then, "pelajar UPM berkumpul sekejap"
Yeayyy. Makan makan . Heheh ~(yakin betol)
Kak alia buat announcement "separuh pelajar naik atas kemas kelas dan bawak turun perabot yang dibawa ke atas time banjir hari tu, separuh lagi bersihkan stor kat bawah "
My face ==' ==' . Harapan terkubur . Wuwuwuwu. Naik atas then buat apa yang disuruhhh. Tak banyak pon sebenarnye . Ramai kan yang involve . So, sama sama buat kerja jadi senang dan mudah juga cepat. Dah abissss semua. Ada la cikgu, wakil pibg dan wakil kampung bagi ucapan terima kasih sikit :)
Tak pe bila kita ikhlas , insyaAllah Allah permudahkan segalanya.
Yeayyy! Makanan dah sampaiii. Hehhee ~ smilingggggg :):):):) as usual . Makan la apa lagi . ...…….............

Thenn , pukul 2 lbih bertolak pulang . Singgah di masjid nak bersihkan diri yang penuh ngn lumpur . Solat . Then,, terus pulang ke UPM .
Singgah RNR temerloh.....
Okey, lapar lagi . Beli beli. Waffle, mister potato, roti tuna, air laici.wah wahh. Berbelanja sakan . Sama je ngan farah and lin. Hahah~ naik bas makan je waffle. Alamak dah kenyang . acanne nie ? Tamak lagi . Padan muka . Hahahaa.
Pastu tido laagiiiii..
Sampai upm 10.30 malam . Penat penat . Tak mampu nak study . Hehehehe. Lastly tido je la ~ okey . Thats all .

Alhamdulillah ~ semua berjalan lancar .
Assalamualaikum . Publish :)

Finally ,

Saturday, 28 September 2013

Alhamdulillah, finally i got the answer. And and i will do. Im trying with my hard. Ya Allah kuatkan hambaMu ini. I realize it, memang susah nak buat apa yang kita tak suka. Apatah lagi kalau nak menyatakan soal hati dan perasaan. But, I know all of these are come from Him. Dugaan ~ yes ! Thats word! Thanx Allah coz give me a chance sebelum terlambat ~ Sesungguhnya Allah telah menentukan percaturan hidup yang tepat buat kita semua :) keep smiling n terus BERDOA agar mendapat yang lebih sempurna dan dan dan dapat membimbing aku supaya menjadi anak dan isteri yang solehah. Cewahhhh~ aminnn :D toodles . assalamualaikum readers :)

ONE night ,,

Thursday, 19 September 2013

KEEP CALM and SLEEP :)


p/s: baca doa. :)

Senyum itu SEDEKAH :)

Friday, 17 May 2013

Ce bce sikit :)

Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, "Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?"

Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).

# keep SMILING :)

Al-Quran peneman hidup :)

Tuesday, 14 May 2013

Artikel nie menyebabkan aku lebih mendekati -Mu .
Alhandulillah~ mudah mudahan kita semua mendapat syafaat daripadaNya.
Membaca alquran dan berzikirlah.
Sesungguhnya kelebihan dan kedamaian hati akan lebih terasa ~


Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w.,

banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran. Rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran

dikunjungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.
Suatu riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, mengatakan pernah Rasulullah s.a.w berlalu seraya melihat satu halaqah (perkumpulan) para sahabat, lalu baginda berujar: Apakah gerangan kamu berkumpul di sini? Jawab mereka: “Kami duduk berzikir kepada Allah Azzawajalla yang telah memberi petunjuk dengan Agama Islam, dan telah bermurah hati atas kami dengan hidayatnya. Ujar baginda: “Demi Allah, benarkah itu yang menyebabkan kamu berkumpul itu? Jawab mereka: “Demi Allah, kami tidak berkumpul di sini melainkan atas tujuan itu semata-mata.” Ujar baginda pula: “Sebenarnya aku tidak meminta kamu bersumpah kerana aku masih meragukan kebenaran kamu, tetapi Jibril a.s. telah mendatangiku dan memberitahuku, bahawasanya Allah Ta’ala memuji-muji kamu di hadapan para Malaikat.”
Dalam satu riwayat lain dikeluarkan oleh al-Hakim, bahawa Rasulullah s.a.w. mendapati suatu kelompok orang sedang berzikir kepada Allah Ta’ala, maka ujar baginda: “Apa yang kamu bicarakan, sesungguhnya aku lihat rahmat Allah sedang menghujani kamu, dan aku pun ingin menyertai kamu sekalian.”
Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."
Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."
Sebenarnya segala-galanya berbalik pada hati kita ini. Sebab itu kita perlu banyak berdoa agar hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT. Hanya dengan doa barulah kita boleh khusyuk dan cubalah amalkan doa ini yang mafhumnya: "Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung dengan-Mu daripada empat perkara itu."
Selain pahala dan rahmat Allah yang kita perolehi dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kita juga akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman, menempa ketenteraman, menghapuskan dari hati segala perkara yang merungsingkannya. Ini adalah mujarab bagi orang yang biasa membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kerana al-Quran dan zikrullah itu menjadi jampi dan penawar bagi semua penyakit hati dan ketidak-tenteraman jiwa dan fikiran.


# sharing is caring :)
Astaghfirullahalazim.
Subhanallah.
Alhandulillah.
Ya Allah.

Selamat malam ~

Alhamdulillah. Malam nie tak panas macam selalu.

-------------------------------------------


Tadi baca al-quran surah al-'araf:

" pakaian yang terbaik adalah TAKWA "

Rasa sentap sikit kat situ.

Rasa rendah diri.

Rasa kerdil.

Rasa tak sempurna.

Rasa tak cukup ketaqwaan kepada-Nya.

....................................................................


Shiema, jangan pernah putus asa .

Aja2 fighting !

Haha :)

U can do it , shiema ....


Lastly, gud nite you alls ~

Toodles~


Assalamualaikummm...

Akaun :'(

Monday, 13 May 2013

Result akaun dah dapat.
Teruk sangat2!
Nanges lagi and lagi and lagi.
Terkantoi dengan wanie pulak.
Hahahaa ..
Sedey sangat . Sangat. Sangat.......
Huhuhuhuhuhuhu.
Rasa nak balik rumah ...
Tak nak dok sini lagi dah....
Hmmmmmm.....
Nak balik. Nak balik. Nak balik.

Kawan2..
Maaf kalau tetibe saya teremosi dengan anda semua.
Sebenarnyaaa saya tak boleh nak control if ada masalah cam nieeee.
Maaf jika ada terasa.
Bukan salah anda semua.
Tetapi salah saya sendiri yang terlalu emosi .
Hmmmmm....

-------------------------------------------


Azan zuhur.

Sedapnyaaa.
Macam dekat tanah arab pulak rasa.
Foreigner kottt yang azan tuuu.
Solat dulu jom!!!
Semoga hati nie lebih tenang bila aku mengadu pada-Nya...
InsyaAllah.....

Don't give up , dear .. ^^

G I V E U P !


Please! Don't give up shiema.
Pernah terlintas kat hati nie,
Sedey sangat .
Sebab,, rasa macam diri nie tak setanding dengan kawan2 yang lain.
Hmmmm...
Sedey.sedey.sedey.. :(
Diorang hebat2.
Serius tak tipu!
Rasa rendah diri sangat.
Paling sedih time abes exam advanced calculus hari tu.
Keluar dari dewan, rasa sebak sangat time tu.
Memang nak nanges.
Tapi cover.
N finally, jatuh jugak air mata nie.
Tak mampu nak bertahan.
Masa tu, kak cik tanya.
Memang tak boleh nak cover la.
Sedih sgt2.
Bila fikir balik, mungkin ada dosa yang aku buat. Dan itu yang jadi penghalang.

Ya Allah, bantulah hambamu nie,
Jangan jadikan dosa2ku sebagai batu penghalang kejayaan ku ya Allah.
Aku mohon kepada-Mu .
:'(


Kadang2 rasa takut tu ada dalam diri.
Takut nak menghadapi masa akan datang.
Mampu ke aku nak lalui semua nie.
Aku tau semua yang bakal aku hadapi adalah dugaan dari Mu.


Berani kah aku?
Kuatkanlah hambamu ni ya Allah.
Jangan biarkan hamba mu ini lalai dan leka dalam menjalankan tanggungjawab kepadamu.
Berilah hamba peluang dan kesempatan untuk berbakti kepada kedua ibu bapa hamba.
Kurniakanlah kejayaan kepada hamba agar hamba mu dapat melihat pancaran kegembiraan di wajah kedua orang tua ku yang telah banyak mencurahkan kasih sayang serta banyak berkorban masa , harta dan tenaga demi pelajaran ku.
Bantu lah aku ya Allah.
Sesungguhnya, kepada mu aku berserah dan meminta pertolongan.

Aminnnn...

Doaku untuknya :

Kalau ditakdirkan aku untuknya kau satukanlah hati kami, jika tidak, kau hilangkanlah perasaan aku terhadapnya.
Sesungguhnya Engkaulah penentu yang terbaik untukku.

Aminnn.

29 APRIL 2013

Thursday, 2 May 2013

M Y B I R T H D A Y . . .

First tyme, birthday disambut with my friends at UPM.
Last year celebrate with family.


T H A N K Y O U F R I E N D S ~


Almost 12 o'clock 30th april.
Datang segerombolan kawan2 kat bilik.
Buat suprise. Hahaha.
Dah tido time tu.
Tapi yang paling best diorang bagi hadiah yang best2..
Bertemakan CHOCOLATE !
Yummmmmyyyy!!
Sedap sangat.
Thanx kawan~


F A M I L Y ~

Terima kasih to my mum and dad becoz dah besarkan imah sehingga 20 tahun.
To my SIBLINGS.
thanx jugak , ,
Adik own , the first person wish imah.
Kak cik, n kak zian, thanx for the wishes :)


E V E R Y O N E ~

Terima kasih lagi sekali.
Doakan kejayaan saya dunia akhirat.
Doakan supaya saya menjadi anak yang solehah :)
Aminnnnnn.









Remind ME;

Friday, 22 February 2013

dua hari berturut-turut pegi dewan PKKSSAAS;
ada event yang memang best tahap ar kat situ.
1st day kat situ, ada konsert oleh RABBANI,SAUJANA n FAR EAST.
sedap nya lagu2 diorang .

2nd day, ada forum . IMAM MUDA ASYRAF pon ada sekali.
memang terbaik la.
zaman sekarang bukan macam dulu lagi.
anak2 muda susah nak join kalau event macam nie.
(peringatan untuk diri sendiri) :)

then ada TERAPI ZIKIR bersama2 HAFIZ HAMIDUN.
memang zikir2 dalam bentuk nasyid,
sedap betul suara die.
then, ada SERUAN ALFATIHAH.
subhanallah...
sedap sungguh alunannya.

YA ALLAH;
masih banyak kekurangan yang ada dalam diri ini,
masih banyak yang aku perlu pelajari.
masih banyak ilmu yang perlu aku dalami.
berikanlah kesempatan kepadaku , YA ALLAH.

aminn.. :)

keep smiling. wasalam :)

your BIRTHDAY;

22 february 2013

yes !

your birthday my BIG sis;

n finally you're 23 years old already.

haha !

happy birthday :)


i HEART you;;;;

The END;

Saturday, 16 February 2013



end,


08/01/13-17/02/13

tarikh keramat;

cuti sem dah abes.

OMG !

event sepanjang cuti:

1) kuar CS wif my lil bro n sis.
    haha, best tahap. gi cinema kat village mall.
    pelik ! THE LAST STAND ! style !
    then, redeem pizza adik, n beli pizza besaq punya untuk ayah n mak..
    makan tahap tak ingat apa dah.heheh :)

the LAST stand;

2)majlis berendoi ARISSA IRDINA ALIZAN
   anak saudara la tu.
   comel gile.
   buat kenduri sikit kat umah mak njang.
   letih jugak la . tapi best.haha :)
   selamat membesar my sweetie arissa,

si manis;

with HER mum.

penat la tunggu MAMA :)

3)BAHULU!
   with my mum n siblings :)
   tradisional lak tu, tahap best arr !
   adik suka makan sgt,
   haha :)

4)bercuti di rumah kakak (AZIAN AFIDA)
   seminggu ! pergh! parah dok rumah dya.
   makan tidoq ja.
    boring tahap gaban arr !
   yang best:
   dapat makan MCD; prosperity burger ! hew~
   best tahap ! :D
   congratz to ADAM coz dpt hafal sifir.
   boley la cik mkn MCD.
   hehehe :)



NYUMMY !


5)PANTAI MERDEKA :)
   sekian lama aku tak pergi walaupun dekat.
   hahahahaha :P
   pakai baju kurung pulak tu.hahaha.
   sebab b4 tu pergi kenduri rumah NAZIHAH n SHARIMAN dulu.
   kawan SIS NIEZA ,


HERE:P
PM !

with my ANAK MENAKAN :)

NAZIHAH n IMAN (nieza sibuk)

nieza n azian ; keep SMILING :)

5)mak buat kuih yg dh lama aku tak makan:
   kacapuri.
   haha. mesti tak pernah dengarkan?
   memang pelik sikit kuih tu.
   tapi tak pa, aku suka ! haha :)

nie ha ! kuehnya !


6)CENDOL!
   buatan sendiri,
   suka3 !
   rasa macam tak cukup jep !
   tapi makan tak teqa mana pon.
   hehehe . tamak tu tak baik la shiema,
   ingat tu.  :)
sedapppp !



7)LAKSA
  ha ! yg nie pon fevret !
  mak buat jugak untuk anak2 dia.
  sedapppp ! pandai mak buat.

PENANG !


8)kuih SERI MUKA !
   yang ni pon sedap.
   makan sampai habis.
   nanti takot menyesal.haha :)

finally , kueh nie jugak jadik !






esok ! balik UPm.
oMG ! tak nak!!!
tak dapat nak makan apa yang mak masak lagi pas nie.
apa2 pon. THANX MUM.
i LOVE u so MUCH..
banyak betul mak dah masakkan untuk kami adik beradik.
heheh :)
ayah pon sama.
kalau keluar rumah mesti belikan makanan untuk kami.
TERIMA KASIH AYAH ;
muahhhhxx :)


L.O.V.E
harap2 sem yang bakal tiba nie lebih bermakna.
aku akan tingkatkan usaha demi mencapai cita-citaku.
hahaha ( gelak besar )
sebelum ni , aku taw aku banyak main2, tak serius.
tapi kali nie,,,,,,
tengok la.
aku nak buktikan pada semua yang aku pon boleh
lakukan yang terbaik macam kawan2 yang lain.
INSYAALLAH. dengan izinnya.
kalau usaha lebih mesti dapat.
jadi USAHA itu penting.
yang paling penting ALLAH is ALWAYS NO. 1.
moto aku !!!

keep smiling :)


 

::THANX::

Friday, 8 February 2013

1st of all..

SYUKRAN coz ALLAH dah beri aku petunjuk.
Allah masih sayangkan aku sebagai hambanya.
aku bersyukur kepadamu kerana memberi peluang kepadaku .
sesungguhnya , aku mengerti segala apa yang terjadi ada hikmahnya.
aku tawu hidup, mati serta jodohku di tangan mu YA ALLAH.

KAU redakan lah apa yang terjadi terhadapku..

aminnn...

AWAK !

thanx 4 everything.

semoga kamu dipertemukan jodoh BETTER than me. 

aminnn..