Senyum itu SEDEKAH :)

Friday, 17 May 2013

Ce bce sikit :)

Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, "Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?"

Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).

# keep SMILING :)

Al-Quran peneman hidup :)

Tuesday, 14 May 2013

Artikel nie menyebabkan aku lebih mendekati -Mu .
Alhandulillah~ mudah mudahan kita semua mendapat syafaat daripadaNya.
Membaca alquran dan berzikirlah.
Sesungguhnya kelebihan dan kedamaian hati akan lebih terasa ~


Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w.,

banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran. Rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran

dikunjungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.
Suatu riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, mengatakan pernah Rasulullah s.a.w berlalu seraya melihat satu halaqah (perkumpulan) para sahabat, lalu baginda berujar: Apakah gerangan kamu berkumpul di sini? Jawab mereka: “Kami duduk berzikir kepada Allah Azzawajalla yang telah memberi petunjuk dengan Agama Islam, dan telah bermurah hati atas kami dengan hidayatnya. Ujar baginda: “Demi Allah, benarkah itu yang menyebabkan kamu berkumpul itu? Jawab mereka: “Demi Allah, kami tidak berkumpul di sini melainkan atas tujuan itu semata-mata.” Ujar baginda pula: “Sebenarnya aku tidak meminta kamu bersumpah kerana aku masih meragukan kebenaran kamu, tetapi Jibril a.s. telah mendatangiku dan memberitahuku, bahawasanya Allah Ta’ala memuji-muji kamu di hadapan para Malaikat.”
Dalam satu riwayat lain dikeluarkan oleh al-Hakim, bahawa Rasulullah s.a.w. mendapati suatu kelompok orang sedang berzikir kepada Allah Ta’ala, maka ujar baginda: “Apa yang kamu bicarakan, sesungguhnya aku lihat rahmat Allah sedang menghujani kamu, dan aku pun ingin menyertai kamu sekalian.”
Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."
Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."
Sebenarnya segala-galanya berbalik pada hati kita ini. Sebab itu kita perlu banyak berdoa agar hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT. Hanya dengan doa barulah kita boleh khusyuk dan cubalah amalkan doa ini yang mafhumnya: "Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung dengan-Mu daripada empat perkara itu."
Selain pahala dan rahmat Allah yang kita perolehi dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kita juga akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman, menempa ketenteraman, menghapuskan dari hati segala perkara yang merungsingkannya. Ini adalah mujarab bagi orang yang biasa membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kerana al-Quran dan zikrullah itu menjadi jampi dan penawar bagi semua penyakit hati dan ketidak-tenteraman jiwa dan fikiran.


# sharing is caring :)
Astaghfirullahalazim.
Subhanallah.
Alhandulillah.
Ya Allah.

Selamat malam ~

Alhamdulillah. Malam nie tak panas macam selalu.

-------------------------------------------


Tadi baca al-quran surah al-'araf:

" pakaian yang terbaik adalah TAKWA "

Rasa sentap sikit kat situ.

Rasa rendah diri.

Rasa kerdil.

Rasa tak sempurna.

Rasa tak cukup ketaqwaan kepada-Nya.

....................................................................


Shiema, jangan pernah putus asa .

Aja2 fighting !

Haha :)

U can do it , shiema ....


Lastly, gud nite you alls ~

Toodles~


Assalamualaikummm...

Akaun :'(

Monday, 13 May 2013

Result akaun dah dapat.
Teruk sangat2!
Nanges lagi and lagi and lagi.
Terkantoi dengan wanie pulak.
Hahahaa ..
Sedey sangat . Sangat. Sangat.......
Huhuhuhuhuhuhu.
Rasa nak balik rumah ...
Tak nak dok sini lagi dah....
Hmmmmmm.....
Nak balik. Nak balik. Nak balik.

Kawan2..
Maaf kalau tetibe saya teremosi dengan anda semua.
Sebenarnyaaa saya tak boleh nak control if ada masalah cam nieeee.
Maaf jika ada terasa.
Bukan salah anda semua.
Tetapi salah saya sendiri yang terlalu emosi .
Hmmmmm....

-------------------------------------------


Azan zuhur.

Sedapnyaaa.
Macam dekat tanah arab pulak rasa.
Foreigner kottt yang azan tuuu.
Solat dulu jom!!!
Semoga hati nie lebih tenang bila aku mengadu pada-Nya...
InsyaAllah.....

Don't give up , dear .. ^^

G I V E U P !


Please! Don't give up shiema.
Pernah terlintas kat hati nie,
Sedey sangat .
Sebab,, rasa macam diri nie tak setanding dengan kawan2 yang lain.
Hmmmm...
Sedey.sedey.sedey.. :(
Diorang hebat2.
Serius tak tipu!
Rasa rendah diri sangat.
Paling sedih time abes exam advanced calculus hari tu.
Keluar dari dewan, rasa sebak sangat time tu.
Memang nak nanges.
Tapi cover.
N finally, jatuh jugak air mata nie.
Tak mampu nak bertahan.
Masa tu, kak cik tanya.
Memang tak boleh nak cover la.
Sedih sgt2.
Bila fikir balik, mungkin ada dosa yang aku buat. Dan itu yang jadi penghalang.

Ya Allah, bantulah hambamu nie,
Jangan jadikan dosa2ku sebagai batu penghalang kejayaan ku ya Allah.
Aku mohon kepada-Mu .
:'(


Kadang2 rasa takut tu ada dalam diri.
Takut nak menghadapi masa akan datang.
Mampu ke aku nak lalui semua nie.
Aku tau semua yang bakal aku hadapi adalah dugaan dari Mu.


Berani kah aku?
Kuatkanlah hambamu ni ya Allah.
Jangan biarkan hamba mu ini lalai dan leka dalam menjalankan tanggungjawab kepadamu.
Berilah hamba peluang dan kesempatan untuk berbakti kepada kedua ibu bapa hamba.
Kurniakanlah kejayaan kepada hamba agar hamba mu dapat melihat pancaran kegembiraan di wajah kedua orang tua ku yang telah banyak mencurahkan kasih sayang serta banyak berkorban masa , harta dan tenaga demi pelajaran ku.
Bantu lah aku ya Allah.
Sesungguhnya, kepada mu aku berserah dan meminta pertolongan.

Aminnnn...

Doaku untuknya :

Kalau ditakdirkan aku untuknya kau satukanlah hati kami, jika tidak, kau hilangkanlah perasaan aku terhadapnya.
Sesungguhnya Engkaulah penentu yang terbaik untukku.

Aminnn.

29 APRIL 2013

Thursday, 2 May 2013

M Y B I R T H D A Y . . .

First tyme, birthday disambut with my friends at UPM.
Last year celebrate with family.


T H A N K Y O U F R I E N D S ~


Almost 12 o'clock 30th april.
Datang segerombolan kawan2 kat bilik.
Buat suprise. Hahaha.
Dah tido time tu.
Tapi yang paling best diorang bagi hadiah yang best2..
Bertemakan CHOCOLATE !
Yummmmmyyyy!!
Sedap sangat.
Thanx kawan~


F A M I L Y ~

Terima kasih to my mum and dad becoz dah besarkan imah sehingga 20 tahun.
To my SIBLINGS.
thanx jugak , ,
Adik own , the first person wish imah.
Kak cik, n kak zian, thanx for the wishes :)


E V E R Y O N E ~

Terima kasih lagi sekali.
Doakan kejayaan saya dunia akhirat.
Doakan supaya saya menjadi anak yang solehah :)
Aminnnnnn.